PENDIDIKAN DISLEKSIA DI MALAYSIA
Menyediakan strategi khusus dalam pendidikan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia supaya mereka mengenal pasti masalah mereka dan menyesuaikan diri dengannya. Mereka menggunakan potensi yang ada untuk memperbaharui tekad serta tingkatkan harga diri dan keyakinan diri untuk berjaya.
Mengapa murid disleksia menghadapi masalah kesukaran membaca?
 |
Penyelidikan menunjukkan bahawa disleksia disebabkan oleh perbezaan cara otak memproses maklumat berkaitan bahasa yang meliputi bunyi,simbol dan makna
FAKTOR YANG MENYEBABKAN DISLEKSIA
1. “Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan kompleks bagi manusia, ia memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf pusat” (Lerner, 1997).
2. Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak.Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami kecerderaan/kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami disleksia (Rourke, 1991)
3.Hattum (1980)mengatakan bahawa kesukaranmembaca disebabkan oleh sistemsaraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik(dyfunction)
4.Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya lebih kecil sebanyak 27 % daripada otak orang normal(Galaburda &Tallal,1991).
5.Nicolson dan Fawcett (1995) mencadangkan bahawa serebrum otak dan keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan motor,perkembangan automatif dan organisasi sesuatu kemahiran, termasuk kemahiran dalam fonologi dan bahasa.
6.Lovegrove (1991) dan Livingstone et al. (1991) dan Cornilissen etal.(1995) telah cuba mengkaji korelasi kekurangan yang didapati dalam sistem pemerosesan visual seseorang yang mengalami disleksia dengan pembelajaran membaca. Sekali perhubungan di antara keduanya dapat dibuktikan, ringkasnya sifat semula jadi perhubungan masih lagi belum jelas.
7. Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa ke kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindakbalas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner, 1997).
8. Kedua hemisfera otak tidak bekerja kesemuanya secara bebas, terdapat hubung kait di antara elemen-elemen dan kefungsian kedua hemisfera otak. Proses pembelajaran bergantung kepada kefungsian dan hubung kait di antara kedua hemisfera otak (Cotman & Lynch, 1988; Hiscock & Kinsbourne, 1987; Gaddes, 1985)
9. Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa ke kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner, 1997).
10.Kedua hemisfera otak tidak bekerja kesemuanya secara bebas, terdapat hubung kait di antara elemen-elemen dan kefungsian kedua hemisfera otak. Proses pembelajaran bergantung kepada kefungsian dan hubung kait di antara kedua hemisfera otak (Cotman & Lynch, 1988; Hiscock & Kinsbourne, 1987; Gaddes, 1985)
11. Laporan post mortem mendedahkan bahawa individu yang mengalami disleksia mempunyai kawasan hemisfera otak kiri yang lebih kecil dan kurang sel otak di bandingkan dengan orang normal, tetapi kawasan hemisfera otak kanan adalah lebih besar dan mengandungi lebih banyak sel daripada individu normal. (Filipek, 1995; Duane, 1989; Galaburda, 1989)
12.Berasaskan kepada teori Orton, hemisfera otak kiri sepatutnya dominant dan mengawal hemisfera otak kiri, khususnya dalam aktiviti fungsi bahasa, gangguan daripada hemisfera otak kanan semasa aktiviti bahasa menyebabkan berlaku kekeliruan dalam bahasa. Sepatutnya hemisfera otak kanan mengawal fungsi aktiviti bukan verbal (Orton, 1937).
13. Satu daripada penyelidikan awal mengenai kesukaran membaca dan kemahiran bahasa mendapati bahawa dari segi teorinya, pembalikan huruf dan perkataan (yang dipanggil sebagai strephosymbolia atau pembalikan symbol) merupakan symptom kepada kegagalan dominasi serebrum otak di kawasan kemahiran bahasa di hemisfera otak kiri. (Orton, 1937).
|