Pages

Monday, 1 October 2012



DISLEKSIA....

Apa itu disleksia?

berasal dari perkataan Yunani

dys bermakna kesukaran ataupun kesusahan

lexis bermakna bahasa atau pertuturan



Disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan   di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf  (Mercer, 1991)

Disleksia.

Menurut buku “Apa itu Disleksia-Panduan untuk Ibubapa & Guru”, Disleksia berasal drpd gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexis’ bermaksud bahasa dan secara literalnya, disleksia bermaksud “kesukaran berbahasa” (Ott,1997). Kanak-kanak ini bukan sahaja bermasalah dalam pembacaan, tetapi juga ejaan, penulisan dan beberapa aspek Selain itu, kanak-kanak ini juga mengalami masalah dari segi ingatan dan konsentrasi, kemahiran matematik dan pengurusan diri. Atau secara khususnya kanak-kanak disleksia biasanya mengalami masalah:-

1. Fonologi

2. Mengingat perkataan

3. Penyusunan bersiri

4. Ingatan jangka pendek

5. Kesedaran sintak.

Kanak-kanak ini mempunyai IQ seperti kanak-kanak normal dan kebanyakkan kanak-kanak ini mempunyai kecerdasan yang tinggi, cuma mereka menghadapi  masalah  kemahiran membaca dan/atau menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan yang khusus perlu untuk pembelajaran kanak-kanak ini seawal usia bagi menyediakan peluang dan masa depan yang lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment